RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh/ Hari : 2 April 2012 Masa : 8.30 – 9.00 pagi
Kelas : 6 Ibnu Sina Bilangan Murid : 39 orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Nilai Murni dan Pengajaran
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat :
1. Membaca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul..
2. Menyatakan maksud pernyataan yang tersurat dan tersirat..
3. Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita..
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui mengenai nilai murni dan pengajaran.
Konsep
Bahan : Gambar, akhbar Didik, kamus Dewan..
Nilai : Jujur, bertanggung jawab, insaf, baik hati , prihatin.
Kemahiran : Kemahiran Berfikir, Kecerdasan Pelbagai, Pembelajaran
Kontekstual
Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran Pembelajaran | Catatan | |
Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | | ||
Set Induksi | Gambar Orang tua kemiskinan | Guru menunjukkan gambar dan bersoal jawab dengan murid. Apa perasaan kamu apabila melihat gambar? Apakah pengajaran daripada gambar? | Murid memerhati gambar dan bersoal jawab tentang gambar Perasaan – sedih,kasihan. Pengajaran – bersyukur,menghargai nikmat Allah. | |
Perkembangan | Petikan akhbar Didik. Latihan 1- soalan seiras UPSR 2005 Soalan berdasarkan petikan: Kenapa Rahman masuk ke dalam bilik abangnya? Aktiviti Kumpulan: Kumpulan 1 dan 5 - Soalan seiras UPSR 2006 Kumpulan 2 dan 6 - Soalan seiras UPSR 2007 Kumpulan 3 dan 7 - Soalan seiras UPSR 2008 Kumpulan 4 dan 8 -soalan seiras UPSR 2009 Huraian nilai murni Rajin-mengulangkaji pelajaran Jujur-menceritakan apa yang berlaku Insaf-memohon maaf Bertoleransi-memaafkn adik Bertanggungjawab-membersihkan sampah dan buang ke dalam tong sampah | Guru meminta murid membaca petikan. Guru mengemukakan soalan tentang petikan. Guru membahagikan murid kepada lapan kumpulan untuk mencatat nilai murni daripada petikan. Guru meminta murid memberikan huraian kepada nilai murni.. | Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid bersoal jawab tentang cerita yang dibaca.. Murid berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan lima nilai murni daripada petikan. Murid menyatakan huraian kepada nilai murni. | |
Penutup | Pantun nasihat : Pulau Pandan jauh ketengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. | Guru bertanyakan pengajaran daripada pantun. | Murid menyatakan pengajaran daripada pantun. Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni. . | Kemahiran berfikir : merumus |
No comments:
Post a Comment