Tuesday 8 May 2012

Gadis Kecil - Usman Awang

Gadis Kecil - Usman Awang

Tubuh itu mengingatkan daku
sebatang pinang di desa sepi
kurus dan tinggi
ketika ribut besar
pohon sekitarnya rebah terkapar
dan pohon pinang tegak menanti
sinar mentari pagi

Demikianlah gadi kecil itu
kurus seperti sebatang pinang
bertahun berulang-alik melalui
penjara kawat duri menemui
ayahnya yang bertahun pula sendiri
menentang tiap penderitaan
tabah dan beriman.

Gadis kecil itu mengagumkan daku
tenang dan senyuman yang agung
dengan sopan menolak pemberianku
'saya tak perlu wang, pak cik,
cukuplah kertas dan buku.'

Usianya terlalu muda
Jiwanya didewasakan oleh pengalaman
tidak semua orang mencapai kekuatan demikian
ketabahan yang unik, mempesonakan.
Bila aku menyatakan simpati dan dukaku
rasa pilu terhadapnya

sekali lagi dia tersenyum dan berkata:
'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati
banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'

Aku jadi terpaku
dia, si gadis kecil itu menenteramkan
mengawal ombak emosiku
jangan sedih melihat derita pahitnya.
Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa
yang mahu membela manusia derita terpenjara
menerima nasihat supaya tabah dan berani,
dari anak penghuni penjara sendiri?

Sepuluh anak seperti dia
akan menghapuskan erti seribu penjara

KOLEKSI PUISI

PANTUN NASIHAT
Angin teluk menyisir pantai   
    Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai   
    Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik             
   Hendak menjerat kancil dan rusa         
Bergotong-royong amalan yang baik
   Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
    Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi                   
   Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da       
    Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
    Biar merunduk resmi padi

Kemumu di tengah pekan         
    Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan   
   Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
   Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu   
   Bagai rumah tidak berdinding
 
Hendak belayar ke Teluk Betong           
   Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung             
   Bulat manusia kerana muafakat   

 Pakai baju warna biru           
    Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
    Kerana guru pembekal ilmu

Friday 6 April 2012

Pelan Pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/ Hari                  : 2 April 2012                                         Masa                 : 8.30 – 9.00 pagi
Kelas                            :   6 Ibnu Sina                                         Bilangan Murid : 39 orang
Mata pelajaran            :   Bahasa Melayu
Tajuk                             :   Nilai Murni dan Pengajaran
Objektif                         :   Pada akhir pengajaran murid dapat :
1.    Membaca cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul..
2.    Menyatakan maksud pernyataan yang tersurat dan tersirat..
3.    Menghuraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita..

Pengetahuan Sedia Ada :  Murid mengetahui mengenai nilai murni dan pengajaran.
Konsep
Bahan                               : Gambar, akhbar Didik, kamus Dewan..
Nilai                                  : Jujur, bertanggung jawab, insaf,  baik hati , prihatin.
Kemahiran                       : Kemahiran Berfikir,   Kecerdasan Pelbagai,  Pembelajaran  
                                Kontekstual
                  
                                                                       








Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid



Set Induksi

Gambar
           Orang tua
           kemiskinan

Guru menunjukkan gambar dan bersoal jawab dengan murid.
           Apa perasaan kamu apabila melihat gambar?
          Apakah pengajaran daripada gambar?


Murid memerhati gambar dan bersoal jawab tentang gambar
          Perasaan – sedih,kasihan.
         Pengajaran – bersyukur,menghargai nikmat Allah.




Perkembangan

Petikan akhbar Didik.
Latihan 1- soalan seiras UPSR 2005


Soalan berdasarkan petikan:
           Kenapa Rahman masuk ke dalam bilik abangnya?


Aktiviti Kumpulan:
Kumpulan 1 dan 5
-       Soalan seiras UPSR 2006
Kumpulan 2 dan 6
-       Soalan seiras UPSR 2007
Kumpulan 3  dan  7
-       Soalan seiras UPSR 2008
Kumpulan 4 dan 8
-soalan seiras UPSR 2009


Huraian nilai murni
          Rajin-mengulangkaji pelajaran
           Jujur-menceritakan apa yang berlaku
           Insaf-memohon maaf
           Bertoleransi-memaafkn adik
           Bertanggungjawab-membersihkan sampah dan buang ke dalam tong sampah



Guru meminta murid membaca petikan.



Guru mengemukakan soalan tentang petikan.




Guru membahagikan murid kepada lapan  kumpulan  untuk mencatat nilai murni daripada petikan.







Guru meminta murid memberikan huraian kepada nilai murni..




Murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.


Murid  bersoal jawab tentang cerita yang dibaca..






Murid berbincang  dalam kumpulan dan menyenaraikan  lima nilai murni daripada petikan.









Murid  menyatakan huraian kepada nilai murni.


































Penutup

Pantun nasihat :

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.


Guru bertanyakan pengajaran daripada pantun.

Murid  menyatakan pengajaran daripada pantun.
Murid merumus isi pelajaran dan nilai murni.
.


Kemahiran berfikir : merumus